Waktu berbuka puasa atau Iftar adalah waktu dimana mereka yang berpuasa boleh menikmati makanan serta minuman selepas menahan lapar dan dahaga waktu pagi dan petang. Waktu berbuka pada setiap bulan Ramadan ramai antara kita tidak melepaskan peluang untuk memakan pelbagai jenis makanan serta minuman yang beraneka wujud di bulan ini. Namun perlu diingat setiap pemakanan dan minuman yang diambil secara tidak terkawal boleh menjejaskan kadar kesihatan.
Disini Power Mania ingin kongsikan, Tips untuk mengelak daripada mengambil makanan dan minuman secara berlebihan ketika berbuka puasa.
1.Berbuka dengan Kurma
Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama) untuk bolehkan anda solat Maghrib terlebih dahulu sebelum makan betul-betul. Kurma juga kaya dengan potassium untuk bantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa sehari.
Ingat: Kurma tetap berkalori. Jangan makan 10 biji! 1 hingga 3 biji kurma saiz sederhana sudah cukup untuk bekalan tenaga dan alas perut bagi mereka yang ingin tunaikan solat maghrib terlebih dahulu.
2.Berhenti sebelum kenyang
Mesti kita biasa istilah ‘Berhenti sebelum kenyang’ bukan? ia kerana Rasulullah SAW pernah bersabda ‘Berhentilah makan sebelum kenyang’ ia membawa maksud kita perlu berhenti dari mengambil makanan secara berterusan ia kerana boleh memudaratkan kesihatan serta mengundang pelbagai penyakit jika diamalkan sepanjang kehidupan kita. Situasi ini sama ketika berbuka, kita perlu berhenti makan jika telah merasa kenyang, bukan melarang anda untuk makan tetapi untuk mengawal pengambilan makanan secara berterusan. Anda boleh sambung makan makanan yang tersedia selepas 30 minit atau satu jam selepas anda berbuka.
3.Target kalori : 700kcal setiap kali berbuka
Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700 kcal. Tapi tak kira betapa sedap kuih-muih dan manis-manisan yang disediakan, bermulalah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan, pilih: Segenggam sumber karbohidrat: nasi, bihun, kentang, mee, roti dll. Sumber protein yang berkualiti: seperti ayam, ikan, tofu, daging dll.Sumber serat: seperti sayur, kekacang, buah-buahan dll. Last sekali baru makan sikit kuih dan manis-manisan.
4.Ambil 3 jenis minuman ini
Ambil tiga jenis air ini iaitu Air Panas, Air Kosong & Air Manis
Air Panas: Ini biasa untuk berbuka. Ini untuk bantu ‘panaskan’ sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12 jam. Air panas yang ala-ala suam sahaja bukan yang mendidih tau.
Air kosong: Ya untuk dahagalah kan dan ia tidak berkalori. Apa-apa pun tak perlu terus belasah 3-4 gelas air – nanti buncit perut dan tak selesa. Take it slow and easy.
Air manis: Untuk air manis, nasihat saya, minum last sekali. Ini untuk nafsu tapi kalau berlebihan, kalori pun berlebihan.
Jadi berikut tips-tips yang boleh membantu anda untuk makan secara terkawal ketika iftar. Power Mania berharap agar kita semua kekal aktif dan sihat sepanjang bulan Ramadan. Bagi mereka yang ingin diet manfaatkan bulan ini untuk mengurangkan pengambilan makanan dengan sebaiknya. Jangan lupa untuk dapatkan Combo Sado Raya dari Power Mania dengan harga hanya RM285 anda boleh dapatkan tiga item dari Power Mania. Dapatkan Sekarang !!
Hubungi atau Whatsapp: 013-3905526 (POWER MANIA NUTRITION)