Salam Ramadan buat seluruh umat Islam dan semoga dengan kehadiran Ramadan pada kali ini dapat dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang baik supaya keberkatan Ramadan dapat dirasai kita semua.
Baik pada kali ini Power Mania ingin berkongsi 5 makanan yang perlu korang elak untuk ambil ketika waktu berbuka puasa. 5 makanan yang akan admin kongsikan bukanlah maksud makanan ini haram atau bahaya tapi sebaiknya kalau boleh dielak baik kita elak dan ambil makanan yang lebih sihat. Hal ini kerana tubuh badan kita perlu menerima makanan yang tinggi khasiat selepas hampir 13 jam kita berpuasa.
1.Elak makan makanan yang kuat minyak
Admin faham makanan yang berminyak atau bergoreng ini memang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia malah makanan seumpama inilah akan menjadi pilihan utama di bazar-bazar Ramadan. Akan tetapi harus diingat, jika kita mendahulukan makanan berminyak sewaktu kita berbuka, tubuh badan kita akan menyerap lebih banyak lemak berbanding khasiat. Jadi seeloknya, sewaktu berbuka dahulukan makanan yang tinggi karbo seperti nasi putih, roti dan yang seumpamanya.
2.Berbuka dengan minuman manis
Aik dah kenapa pula tak boleh berbuka dengan benda manis, kan sunnah berbuka dengan benda yang manis. Korang jangan salah faham tau yang sunnah berbuka dengan benda manis itu adalah kurma, buah-buahan bukannya manis GULA. Yang korang duk minum air manis itu adalah manis gula. Waima orang jual tu kata air buah sekalipun berapa peratus je khasiat buah dan manis buah yang ada dalam minuman tu, banyak gula je, sebab tu lah korang lepas berbuka jadi cepat mengantuk dan letih sebab badan korang terlalu banyak menerima kehadiran gula secara mengejut. Jadi saranan admin, berbuka la dengan segelas air putih dah cukup tak kisah la sejuk ke suam ke asalkan air putih. Dan lepas sejam ke atau lepas terawih ke kalau korang nak ngopi ke, nak minum air tebu yang korang beli kat Bazar tu, terserah koranglah.
3.Berbuka dengan juadah terlalu banyak
Haa yang ini satu lagi perangai orang kita, berbuka dengan juadah yang banyak lepas tu pening tak makan mana dulu. Sebenarnya berbuka dengan juadah yang banyak ini bagus jika ia dapat dirasai ramai orang malah ia akan menjadi amalan sedekah pula buat sang penyedia akan tetapi ia akan jadi satu pembaziran jika hanya kita seorang sahaja makan dan makanan tersebut tidak habis lalu dibuang sahaja. Tak baik itu macam, admin faham kita mesti akan rasa nak makan apa sahaja lebih-lebih lagi dah sampai kat Bazar, tapi kena ingatlah puasa ini adalah untuk mendidik kita untuk mengawal nafsu dan memperingati mereka yang kekurangan jadi bila ada lagi sifat-sifat membazir atau tamak dalam diri, puasa korang akan hanya menjadi puasa yang sia-sia.
4.Makan terlalu cepat waktu berbuka
Yang ini ramai tak sedar tapi ramai yang buat, makan terlalu cepat macam nak pergi berperang. Waktu berbuka ni panjang ye jangan risau dan tak perlu la korang makan terlalu cepat. Admin faham yang makan cepat ni bukan apa, mereka ni nak kejar solat Maghrib kan tengah sedap-sedap makan, orang dah azan Isyak. Kalau macam itu korang solat la dulu, korang berbuka dengan kurma atau kuih sikit dan minum air sikit cukup pastu solat la dulu. Ramai je yang buat macam ini admin sendiri pun kadang macam ini sebab memang betul nak menikmati makanan ni perlu masa sikit.
5.Berhenti sebelum kenyang
Baik yang ini paling last dan relate dengan point-point kat atas. Berhentilah makan kalau dah rasa macam kenyang atau lagi elok sebelum kenyang itu korang dah basuh pinggan dah. Ini kerana bagi mengelakkan tubuh badan kita menampung makanan yang banyak sekaligus akan menyebabkan kita rasa lemau dan letih.
Harap perkongsian admin pada kali ini sedikit sebanyak memberi panduan dan dapat dimanfaatkan demi kebaikan kita bersama, Selamat Berpuasa kepada semua pembaca dan Kekal Aktif dan Sihat dengan Power Mania.