ELAK BADAN ‘NAIK GEMUK’ LEPAS STOP MAIN GYM

Masalah ini sering membayangi mereka yang mengambil keputusan untuk berehat atau ‘stop’ dari workout atau main gym. Sememangnya betul akan terdapat kesan terhadap badan jika kita menghentikan aktiviti senaman bina badan ini tanpa langkah yang betul.

Kali ini Power Mania ingin berkongsi cara untuk elak badan nampak naik gemuk walaupun sudah ‘pencen’ ke gym.

1.Diet Pemakanan

Sumber makanan adalah amat penting untuk dijaga tidak kiralah anda ini seorang kaki gym atau tidak. Namun dalam hal badan naik selepas berhenti gym ini, gaya pemakanan tetap perlu dijaga kerana jika sebelum ini anda mengamalkan diet pemakanan maka anda perlu teruskan juga walaupun bukanlah fokus 100%. Seperti contoh, jika sebelum ini anda kurangkan pengambilan makanan yang berlemak maka anda perlu teruskan juga untuk kurangkan pengambilannya bagi mengelak penambahan lemak khususnya di bahagian perut.

2.Senaman

Walaupun anda sudah pencen dalam aktiviti bina badan ia bukan makna anda berhenti dari lakukan aktiviti fizikal lain. Teruskan dengan hobi baharu asalkan ada pergerakan badan. Ia kerana bagi mengelak badan anda cepat naik jadi bila kita terus melakukan aktiviti fizikal badan kita akan tetap fit walaupun sudah tidak ke gym.

Kesimpulannya, diet pemakanan dan senaman adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan anda.Selain menjaga kesihatan fizikal, pemakanan yang sihat dan senaman yang mencukupi juga boleh membantu menjaga badan anda daripada nampak naik atau gemuk sekaligus ia juga melegakan tekanan emosi dalam kehidupan anda.

Sekian sahaja untuk kali ini dan jangan lupa untuk terus aktif dan sihat bersama Power Mania

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top