Cara Kira Kalori Dalam Maklumat Pemakanan

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menjana tenaga. Tetapi jika kalori diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan.

Ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan jika dibiarkan berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan.

Cara Mengira Kalori

cara kira kalori

Kebanyakan produk makanan yang terdapat di pasaran memaparkan maklumat berkaitan kandungan nutrisi dan kalori pada bungkusannya yang biasanya diletak di bawah tajuk ‘maklumat pemakanan’.

Sekiranya kita dapat menganggar sukatan kandungan dalam makanan, maka menjadi mudahlah cara kira kalori. Secara asasnya, jumlah kandungan kalori dalam makanan juga boleh ditentukan dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

LEMAK : Setiap gram didarab dengan 9 bagi setiap gram.

KARBOHIDRAT :  Setiap gram  didarab dengan 4 kalori bagi setiap gram

PROTEIN :  Setiap gram didarab dengan 4 bagi setiap gram

Sebagai contoh, sekeping roti mengandungi 0.8 gram lemak, 12.3 gram karbohidrat dan 2.3 gram protein.  Maka, contoh pengiraan kalori berdasarkan formula di atas memberikan jumlah kalori sekeping roti :-

Lemak —->   0.8 x 9 = 7.2 kalori

Karbohidrat —->   12.3  x 4 =   49.2 kalori

Protein —->  2.3 x 4 =  9.2 kalori

Jadi, 7.2 + 49.2 + 9.2 = 65.6  atau  66 kalori

 

Keperluan kalori bagi setiap individu lelaki dan wanita dewasa dalam sehari

Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika seseorang itu makan atau mengambil kalori melebihi dari keperluan harian yang sepatutnya?

Setiap 8,000 kalori yang terkumpul dan tidak ditukarkan kepada tenaga (tidak dibakar) akan menambah 1 kilogram berat badan.

Terima Kasih Sudi Membaca & Jangan Lupa Share Pada Rakan2 Anda Semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top