Dalam kehidupan seharian kita mesti kita pernah hadapi,melihat atau terdengar segelintir masyarakat yang melakukan aktiviti yang sihat tapi sampai memudaratkan diri malah turut menyusahkan orang sekeliling. Jadi perkara-perkara sebegini akan dilihat negatif jika tidak diperbetulkan.
Baik pada kali ini admin cuba senaraikan beberapa aktiviti sihat yang selalu kita lakukan namun dalam masa sama ia boleh merisikokan diri dan menyusahkan orang lain jika kita tidak ambil endah dan perbetulkan.
1.Berbasikal di Jalanraya
Yang ini biasa kita tengok setiap hari segelintir dari kita yang menaiki basikal tujuan untuk melakukan aktiviti sihat tapi menyusahkan pengguna jalanraya yang lain. Sebenarnya berbasikal di jalanraya ini tiada masalah cuma kita perlu pastikan laluan yang digunakan itu tidak sesak serta bukan jalan utama. Selain itu juga, mereka yang menaiki basikal di jalanraya kena patuhlah undang-undang jalanraya sebab admin pernah tengok dikalangan kita naik basikal sampai lampu isyarat pun langgar.
2.Zumba atau senamrobik
Zumba atau senamrobik kebiasaannya dilakukan ditempat yang terbuka seperti taman rekreasi, padang dan sebagainya namun ada juga dilakukan dalam bangunan kedai. Dan aktiviti ini memerlukan irama musik bagi tujuan peserta mengikut rentak dan irama selain menaikkan lagi semangat namun ada beberapa kes yang admin dengar tentang senamrobik ini adalah irama musik yang dipasang terlalu kuat sehinggakan menyebabkan pencemaran bunyi. Jadi bagi mereka yang mengusahakan atau aktif dalam aktiviti senamrobik ini perlulah mengambil berat tentang perkara ini, jangan sampai tengah-tengah berjoget tu ada pula benda yang terbang kat korang.
3.Angkat Berat
Sebelum korang nak angkat berat tu korang kena kenal dulu kemampuan korang, jangan main angkat je sebab angkat berat ni memang banyak risiko. Seeloknya korang kena tahu step dan teknik yang betul selain korang juga perlu dapatkan panduan daripada Coach atau orang yang mahir dalam angkat berat. Malah baru-baru ini ada viral satu video sorang ahli bina badan ni angkat berat mengalami kecederaan parah di bahagian tengkuk sehingga meninggal dunia. Itu ahli bina badan, orang yang mahir dalam bina badan ni kan pula kalau mereka yang baru untuk angkat berat.
4.Maraton atau berlari
Sekarang ni macam jadi satu trend pula kan penganjuran Maraton dan ia terbuka disertai sesiapa sahaja. Sebenarnya ia satu penganjuran yang bagus untuk mengalakkan masyarakat kita untuk aktif namun ada beberapa perkara yang admin ingin ingatkan sebelum korang sertai Maraton antaranya korang kena juga lakukan persediaan awal sekurang-kurang 3-4 kali sebelum hari Maraton. Ini untuk membiasakan anggota badan anda atau bahasa mudah untuk panaskan badan anda.
Jadi kesimpulannya apa juga aktiviti yang kita ingin lakukan perlulah secara berhemah dan mengikut teknik yang betul. Jangan main rasa boleh sahaja kerana ia melibatkan tubuh badan serta kesihatan kita. Setiap sekecil-kecil perkara mesti ada risiko. Admin harap perkongsian ringkas ini bermanfaat untuk korang. Dan jangan lupa untuk Kekal Aktif & Sihat Dengan Power Mania.