Trisep adalah diantar aset yang terpenting selain bisep dibahagian lengan anda. Oleh itu, sudah tentu anda tercari-cari bagaimanakah cara untuk mendapatkan trisep yang sempurna. Terutamanya sekali, anda hendaklah memberi tumpuan kepada tiga bahagian iaitu lateral head, medial head, dan long head.
Latihan trisep ini tidak perlu mengangkat benda-benda berat untuk mendapatkan trisep yang sempurna kerana latihan ini dijalankan adalah lebih menjurus kepada untuk mendapatkan ketahanan, kekuatan dan bentuk otot.
Konsep latihan ini lebih kepada santai kerana anda boleh lakukaknnya dimana-mana sahaja walaupun di tempat kerja.
Di sini terdapat 4 teknik yang berkesan untuk mendapatkan trisep yang sempurna.
Kebanyakan teknik-teknik ini akan memberi kesan menyeluruh atas tubuh badan anda, tetapi ia tidaklah bermakna kurang berkesan ke atas trisep anda.
Anda haruslah memilih 3 atau 4 latihan ini dan lakukan 3 set dengan 12-14 ulangan pada setiap teknik.
Bench Dips
Duduk di atas bangku, kerusi yang kukuh atau meja yang rendah dengan posisi kaki bengkok (lebih mudah) atau kaki lurus (sukar) di hadapan anda.
Bermula dengan siku anda rapat ke sisi anda dan tangan anda menunjuk ke hadapan cengkaman pada permukaan lantai.
Perlahan-lahan menurunkan badan anda ke bawah, membengkokkan siku dan luruskan tangananda sehingga kira-kira 90 darjah.
Turunkan badan anda dalam 2 saat dan naikan semula dengan pantas dan pastikan siku dikunci rapi sewaktu meluruskan tangan dan ulang pada langkah pertama.
Pastikan untuk menjaga tubuh anda jangan buat terlalu dalam, ini boleh menyebabkan kecederaan pada bahu anda.
Diamond Push Ups
Dalam posisi tekan tubi dengan tangan anda dalam posisi diamond di bawah dada dan rapatkan siku anda disisi, turunkan badan anda ke lantai. Semasa hendak naik keatas semula, tolak tangan dalam posisi tangan yang sama ke lantai untuk memberi daya tolakan ke atas. Pastikan anda tidak mengembangkan siku anda.
Plank To Push Up
Dalam posisi Plank dengan lengan anda membengkok tegak sudut 90 darjah dan menaikkan badan anda dengan meluruskan lengan anda seperti posisi tekan tubi dan turunkan badan anda kembali seperti posisi Plank tadi.
Pike Push Up
Dalam posisi anjing dengan pinggul anda ke atas, kepala anda menghala ke arah lantai serta lebarkan jarak diantara lengan anda. Sewaktu anda menurunkan kepala anda ke arah lantai, bengkokkan sedikit dibahagian siku untuk memudahkan pergerakan anda. Kemudian, tolak