BINA BADAN ADAKAH KITA MENGUBAH CIPTAAN TUHAN ?

Mengubah ciptaan tuhan jelas sekali haram dan berdosa bagi umat Islam malah ia terdapat pada nas yang sahih.Seperti contoh, Allah melaknat wanita yang bertindak mencukur bulu kening dan membuat kening palsu semata-mata untuk perhiasan diri.
Namun bagaimana pula untuk kita ubah badan kita dalam sukan bina badan ini ? adakah ia juga tergolong dari perbuatan yang haram ?
Baik pada kali ini Admin cuba kongsikan pengetahuan setakat yang admin tahu tentang perkara ini namun korang perlu juga merujuk kepada para ustaz atau alim ulama bagi mengetahui secara lanjut lagi ya.
Sebenarnya hukum membina badan ini tidak lah disebut dalam mana-mana nas atau hadis Al-Quran yang secara tepat namun kita boleh berpandukan kepada pandangan para alim mujtahid.
Setakat mana admin tahu melalui pembacaan, membesarkan badan atau untuk menampakkan badan kita lebih sasa ini adalah harus bagi kita lakukannya berdasarkan beberapa niat dan sebab.
Kalau niat kita membesarkan badan supaya tidak mahu menampakkan diri kita kurus atau lemah, ia dibolehkan kerana mengikut sejarah, tentera-tentera Islam dahulu juga melakukan latihan jasmani untuk memperkuatkan diri sebelum berhadapan dengan musuh jadi ia juga boleh dikaitkan apabila kita sebagai orang muslim yang berbadan tegap untuk menampakkan diri kita kuat apabila berhadapan dengan orang bukan Islam.
Cuma apa yang penting dalam sukan bina badan ini adalah menjaga aurat kerana ia amat dituntut dalam Islam. Seperti semua sedia maklum aurat bagi lelaki adalah bermula dari bahagian pusat sehinggalah paras bawah lutut manakala bagi wanita aurat mereka seluruh badan kecuali bahagian muka dan tapak tangan serta berpakaian tidak menampakkan anggota badan. Namun dalam sukan bina badan ini soal aurat ini ia masih tidak diambil serius oleh segelintir pengamalnya yang mana ia boleh melanggar hukum aurat. Jadi soal aurat ini masing-masing perlulah tanya diri sejauh mana kita buat badan dalam masa sama kita menjaga aurat.
Selain itu, ada ulama juga membahas soal bina badan ini dengan mengatakan ia haram dilakukan sekirannya kita membuat badan kita melampaui batas, contoh tubuh kita terlalu berketul-ketul sehinggakan sudah tidak nampak seperti seorang manusia.
Malah ia diperkuatkan lagi apabila badan sudah besar dan berketul, timbul rasa riak dan angkuh dalam diri selain turut merendahkan orang lain. Ini kerana perbuatan angkuh dan riak amat tidak disukai oleh Allah SWT.
Jadi konklusinya, ada beberapa batas dalam membina badan untuk kita wajib menjaganya kerana kita bimbang dalam keseronokkan dan kemegahan kita membina badan ia sebenarnya kita telah membuatkan kita jauh dari agama kita. Wallahualam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top