BERLARI BANTU KURANGKAN BERAT BADAN

Berlari boleh turunkan berat atau sebaliknya? Ya dengan berlari anda boleh membakar lemak yang terkumpul tapi perlu diingat ada beberapa perkara yang anda perlu lakukan sebelum memulakan senaman berlari:

 

 1. Berikan masa untuk suaikan diri

Ketika berlari, ligament, tendon dan tulang akan memberi banyak kesan kepada kesihatan anda. Apabila anda berlari 3-4 hari seminggu, anda akan mendapati berlari sejauh 2-3 km adalah mudah.Malah anda boleh berlari laju dan kurang rasa penat. Badan anda mengambil masa selama seminggu lebih untuk menyesuaikan diri dengan senaman yang anda lakukan berulang setiap hari.

2. Berlari secara konsisten

Jika anda boleh konsisten dan berdisiplin dengan berlari, anda boleh melihat banyak perubahan dalam diri anda. Bukan sahaja anda boleh menurunkan berat badan, tetapi anda juga dapat meningkatkan keyakinan diri serta mengurangkan tekanan. Yang penting lakukan ia secara berkala dan konsisten.

3. Sertai program larian

Sekarang ni banyak penganjuran larian yang ada jadi anda boleh ambil peluang untuk sertainya sebab lari ramai-ramai akan membuatkan anda lebih seronok. Anda akan mudah termotivasi apabila melihat kawan-kawan serta orang sekeliling. Program seperti ini kebiasaannya mengambil masa 30-40 minit.

4. Tambah kekuatan dan intensiti

Perkara yang perlu anda titik beratkan dalam berlari adalah bahagian otot yang perlu anda fokuskan. Anda perlu melakukan regangan yang mudah seperti tekan tubi dan squat.Dengan cara ini,badan anda akan lebih bersedia untuk anda tambah kelajuan serta intensity ketika berlari.

5.Komitmen ketika berlari

Jika anda ingin meneruskan senaman larian kerana ingin menurunkan berat badan, anda perlu meningkatkan volume iaitu jarak dan masa anda berlari. Berlari dengan perlahan dalam jangka amsa yang agak lama dapat membakar lemak di badan walaupun selepas anda tamat berlari.Penting untuk anda memberi komitmen semasa berlari kerana badan anda akan bekerja seperti yang anda usahakan.

6. Ketahui perkembangan latihan

Jangan terlalu ingin mengejar target akhir hingga anda tersalah cara senaman. Berlari dengan laju dan intensiti tinggi setiap hari boleh memberi kecederaan kepada badan anda. Dapatkan nasihat daripada jurulatih tentang cara yang betul supaya anda dapat melakukan senaman dengan betul. Anda juga dapat mengetahui perkembangan diri anda sebelum, semasa dan selepas jika anda mengikut latihan yang disarankan.

Jadi selepas daripada ini anda boleh cuba untuk mengamalkan senaman berlari ini kerana ia juga antara senaman yang berkesan untuk mengurangkan lemak pada badan sekaligus menjadikan anda seorang yang aktif dan sihat. Teruskan amalan sihat dan cergas sentiasa dan ingat untuk Kekal Aktif dan Sihat Dengan Power Mania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top