BERJOGING DI PANTAI BANTU BAKAR KALORI

Betul ke orang kata berlari atau joging di tepi pantai sebenarnya mampu membakar kalori dengan lebih berkesan ? Sebenarnya berlari atau joging ini memang terbukti mampu membakar kalori tidak kiralah anda lakukan aktiviti di mana, asalkan konsisten ia dapat membantu anda mengurangkan lemak dan menurunkan berat badan.

Namun jika ia dilakukan di pantai, ia lebih memberikan satu suasana yang menyeronokkan selain menaikkan mood anda untuk terus melakukannya secara berulang kali dan kerap.

Selain ia meningkatkan mood anda, ia juga mampu melatih kekuatan kaki kerana permukaan pantai yang berpasir menambahkan lagi tekanan pada kaki anda ketika berlari secara tidak langsung melatih kekuatan otot pada kaki anda.

Dan jika ia dilakukan di pantai, kita juga boleh merasakan satu keseronokan dan mengurangkan tekanan stres pada diri anda kerana suasana yang tenang dan nyaman.

Jadi jika anda inginkan satu kelainan dalam melakukan aktiviti joging anda boleh cuba lakukannya di tempat-tempat seperti pantai, kawasan berbukit dan lain-lain lagi supaya anda boleh meningkatkan lagi fokus dalam menurunkan berat badan selain meningkatkan konsisten dalam diri anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top