Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin kepada semua umat Islam. Semestinya syawal kali ini lebih bermakna selepas kita semua dapat menyambutnya bersama dengan keluarga dan sanak saudara. Dalam kemeriahan syawal ini sudah pasti kita disajikan dengan pelbagai juadah makanan setiap kali kita pergi ke rumah terbuka namun perlu juga kita berhemah dalam mengambil makanan demi memastikan kesihatan dapat terus terjaga sentiasa.
Disini, Power Mania ingin berkongsi 5 tips untuk membantu anda mengawal kenaikan berat badan sepanjang atau selepas menyambut Hari Raya.
1.Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein.
Antara cara yang berkesan untuk mengawal kenaikan berat badan adalah dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan seharian kita. Kajian telah membuktikan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai tinggi karbohidrat dapat menurunkan berat badan. Sememangnya karbohidrat adalah sumber yang diperlukan badan bagi membekalkan tenaga namun ia boleh diimbangi dengan pengambilan protein.
2.Elak makanan yang diproses.
Apa itu makanan yang diproses ? Makanan diproses seperti burger, kentang goreng dan sebagainya tidak mengenyangkan dan tidak mempunyai kalori yang tinggi malah turut mempunyai lemak. Amalkan pemakanan sebenar seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran bagi membekalkan jumlah kalori yang diperlukan untuk badan.
3.Bersenam dan bersukan
Bagi membakar kalori dan lemak badan dengan cepat, kerapkan bersenam dan bersukan setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit. Selain itu boleh juga melakukan aktiviti intensiti tinggi seperti mengangkat berat, berjoging dan berlari.
4. Terus Aktif sepanjang masa.
Ubah gaya hidup anda dengan berazam untuk terus aktif sepanjang masa dengan banyakkan pergerakan seperti menaiki tangga dan berjalan kerana ia sedikit sebanyak dapat membakar lebih kalori selain ia juga boleh menjaga kesihatan jantung.
5.Mengambil pemakanan tambahan
Anda juga boleh mula mengambil makanan tambahan seperti Hydro Whey Isolated serta Hypermaxx Ultimate dari Power Mania kerana ia dapat membantu mempercepatkan proses pembentukan badan selain membekalkan tenaga serta nutrisi yang diperlukan untuk badan anda.
Kesimpulannya, tiada alasan untuk anda tidak dapat menurunkan berat badan dan mengekalkan bentuk badan sebaliknya dengan mengamalkan beberapa tips ini ia dapat membantu merealisasikan impian anda.
Jangan lupa untuk dapatkan suplemen dari Power Mania untuk membantu anda kekal aktif dan sihat sepanjang masa. Dapatkan Sekarang !!