Bedah siasat 10 kesilapan ketika ‘Workout’ dan Cara Atasinya

Diantara kita mesti pernah buat kesilapan kan? tidak kira dalam apa perbuatan mesti ada salah silap. Ya setiap daripada kita masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan dan kesilapan yang dilakukan mungkin disebabkan kita kekurangan ilmu pengetahuan ataupun kecuaian sendiri. Di sini, Admin bukan nak cerita soal kesilapan sesiapa cuma Admin mahu kongsikan mengenai kesilapan ketika melakukan latihan atau ‘Workout’ tidak kira dimana ia lakukan namun kesilapan ketika lakukan latihan perlu diperbetulkan demi kebaikan kita bersama.

Admin mahu kongsikan 10 kesilapan yang kebiasaannya dilakukan dalam kita sedar atau tidak sedar ketika melakukan latihan atau ‘Workout’.

1.Tidak ‘Warm Up’ sebelum Workout

Sesi ‘Warm Up’ atau memanaskan badan perlu dilakukan sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman. Lakukan sekurang-kurangnya lima minit bermula daripada kepala sehingga ke kaki. Sesi ini bertujuan meregangkan otot-otot badan dengan teratur dan tidak tergesa-gesa sebelum menjalankan aktiviti yang lebih berat. Jika tidak membuat senaman pemanas badan ia akan menyebabkan kita mengalami kekejangan otot.

2.’Rushing’ ketika melakukan latihan

Dalam melakukan senaman atau latihan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana ia akan mempengaruhi ‘mood’ kita sepanjang melakukannya. Mulakan senaman yang ringan terlebih dahulu sebelum memilih untuk melakukan yang berat. Seperti contoh, mulakan sesi ‘Workout’ dengan berjalan di atas ‘Treadmill’, ia secara tidak langsung akan mengerakkan seluruh anggota badan secara berperingkat.

  3.Air yang cukup untuk keperluan dihidrasi

Pastikan anda menyediakan minuman yang secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam. Jangan minum air yang sejuk dan terlalu manis kerana ia tidak baik untuk sistem badan. Bawa bersama air putih sepanjang anda melakukan aktiviti sukan untuk mengelakkan dehidrasi atau masalah kekurangan air dalam badan. Jika terasa dahaga, minum air putih secukupnya dan berehat seketika.

4.Makan sebelum ‘Workout’

Disini admin bukan melarang anda makan sebelum latihan tetapi anda perlu makan sekurang-kurangnya satu atau dua jam sebelum memulakan latihan kerana badan anda memerlukan masa untuk memproses makanan sebelum ia berfungsi dan bersedia untuk melakukan latihan.

5.Tidak terlalu bergantung kepada makanan tambahan

Ya, tidak boleh harapkan kepada makanan tambahan yang diambil 100% untuk mendapat badan yang diidamkan kerana makanan tambahan mempunyai nutrisi yang telah disesuaikan untuk diambil untuk melakukan latihan. Jika anda bergantung 100% terhadap makanan tambahan tanpa anda melakukan latihan ia akan memberi kesan terhadap tubuh badan kerana nutrisi yang diambil tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh badan, sebaiknya lakukan latihan mengikut kemampuan badan dan tingkatkan latihan apabila badan anda sudah bersedia melakukannya.

6.Melakukan latihan yang sama secara berulang.

Pasti kita akan merasa bosanjika melakukan senaman yang sama setiap kali melakukan ‘Workout’. Kalau kebiasaan kita melakukan latihan mengangkat berat tetapi sesekali cuba kita melakukan latihan seperti berjalan selama 10-30 minit di taman dan membuat beberapa set latihan di rumah. Ia secara tidak langsung dapat membantu badan untuk tidak terlalu berada dalam tekanan yang tinggi.

7.Menggunakan peralatan yang tidak sesuai

Peralatan ketika senaman adalah untuk membantu kita untuk melakukan senaman dengan lebih berkesan namun kita perlu mengetahui setiap peralatan yang gunakan dan kesannya kepada tubuh badan. Selain itu, elakkan juga menggunakan peralatan yang sudah lusuh atau haus kerana ia akan mengakibatkan kecederaan jika terus menggunakannya.

8.Obses melakukan latihan kardio

Latihan kardio memang bagus untuk badan kerana ia boleh melatih ketahanan badan. Namun harus diingat jika ia tidak diseimbangkan ia juga akan membebankan tubuh badan. Lakukan latihan kardio diselang-seli dengan latihan seperti latihan kekuatan.

9.Tidak menjaga kebersihan badan

Ini paling sensitif kerana apabila kita melakukan latihan sudah semestinya badan akan berpeluh. Namun ia bukan alasan untuk membiarkan peluh anda menganggu orang lain yang melakukan latihan. Sekurang-kurangnya anda perlu menyediakan tuala kecil untuk lap badan anda lebih-lebih lagi selepas melakukan latihan.

10.Tidak melakukan latihan penyejuk badan

Kalau kita boleh lakukan senaman pemanas badan sudah pasti kita juga boleh lakukan senaman penyejuk badan kan? Jika senaman memanaskan badan bermula daripada kepala ke kaki, senaman untuk menyejukkan badan bermula daripada bahagian kaki ke kepala. Senaman yang dilakukan lebih santai dan tidak tergesa-gesa.

Kesimpulannya, setiap kesilapan boleh diatasi dengan syarat kita tidak terus menerus melakukannya. Semoga perkongsian ini dapat menambah pengetahuan dan akan membantu diantara kita untuk menjadi lebih baik. Jangan lupa untuk dapatkan produk keluaran Powermania untuk membantu anda aktif sepanjang masa. Kekal Aktif dan Sihat dengan #Powermania

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top