BALIK KERJA TERUS PULUN GYM 2 JAM, BILA CHECK DAH MENINGGAL

Setiap yang bernyawa, pasti akan merasakan mati. Ya benar memang setiap daripada kita akan merasai sakitnya mati dan kita sekarang ni pun hanya menunggu masa sahaja untuk dipanggil pulang.

Namun bagaimana pengakhiran atau situasi semasa kita akan dijemput itu menjadi satu RAHSIA BESAR yang tidak ada sesiapa pun boleh merungkaikan nya melainkan Sang Pencipta sahaja mengetahuinya.

Baru-baru ini, gempar seorang lelaki dijemput pulang ketika sedang bersenam di gim. Malah lelaki berkenaan dikatakan tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit. Namun ada satu tabiatnya yang dia lakukan yang mana menjadi asbab kematiannya iaitu kepenatan. Lelaki berkenaan menjadikan gim adalah tempat beliau untuk bersenam setiap malam selepas pulang daripada kerja dan pada hari kematiannya beliau dikatakan telah melakukan senaman selama dua jam di gim berkenaan sebelum terkena serangan jantung lalu meninggal dunia.

Jadi kesimpulannya, dalam aktiviti bersenam kita perlulah lebih peka dengan keadaan semasa badan kita. Kalau badan perlukan rehat, kita perlu rehat dan jangan paksa untuk terus lakukan aktiviti berintensi tinggi kerana ia boleh merisikokan badan terutama menyebabkan masalah kardiovaskular.

Tidak dinafikan senaman amat penting untuk kesihatan jantung namun ia juga memerlukan rehat yang mencukupi sebelum melakukan senaman dan jangan sesekali mengabaikan waktu rehat anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top