Terlalu kurus sampai rasa nak terbang bila ditiup angin, Ya mungkin ada diantara kita menganggap ini satu perkara yang kelakar namun bagi individu yang mengalami masalah kurang berat badan, ianya perkara serius dan boleh menyebabkan mereka turut berada dalam dilema. Badan terlalu kurus atau turut dibahasakan sebagai ‘Keding’ ini adalah satu perkara yang turut menjadi kerisauan bagi mereka yang mengalaminya. Badan kurus boleh juga menyebabkan kehadiran pelbagai penyakit selain ia akan menampakkan seseorang itu lemah dan tiada kekuatan.
Bagi sesetengah individu pula, badan kurus adalah menjadi idaman serta sasaran kerana ia akan menampakkan diri tampil bergaya dan kemas. Namun kurus yang dimaksudkan itu bukanlah sehingga menampakkan rangka tulang pada badan tetapi kurus yang sihat serta bertenaga. Bagaimanapun, banyak faktor yang menyebabkan badan kurus antaranya faktor genetik, aktiviti fizikal yang berat, kesan sampingan pengambilan ubat dan kekurangan selera makan.
Tapi jangan risau, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian dan cara untuk atasinya. Disini Powermania ingin kongsikan cara untuk menambahkan berat badan bagi mereka yang terlalu kurus dan ingin berubah kearah yang lebih sihat.
1.Makan makanan berkalori tinggi
Sumber makanan yang berkalori tinggi seperti buah-buahan, roti, nasi, kacang dan keju merupakan makanan yang tinggi kalori, bukan sahaja tinggi kalori ia turut mempunyai vitamin, mineral serta antioksida yang amat diperlukan oleh badan.
2.Manfaatkan makanan yang kaya protein, kabohidrat dan lemak yang sihat.
Jenis makanan seperti daging, ikan, ayam dan telur memberikan nutrisi yang baik bagi tubuh badan jika diambil secara yang betul.
3.Dapatkan rehat dan tidur yang cukup.
Kurangkan aktiviti yang berat pada ketika badan memerlukan rehat. Seperti contoh kurangkan melakukan aktiviti sukan pada waktu malam kerana ketika itu badan memerlukan masa untuk rehat untuk memulihkan semula tenaga yang telah digunakan pada waktu pagi dan petang.
4.Dapatkan nasihat pakar kesihatan.
Badan terlalu kurus akan menyebabkan seseorang berada dalam keadaan tertekan atau dilema. Dapatkan khidmat nasihat pakar kesihatan untuk mengembalikan keyakinan diri seterusnya berubah untuk menjadi lebih sihat.
5.Pengambilan makanan tambahan.
Makanan tambahan seperti susu protein boleh membantu seseorang menambah selera makan serta memberi protein yang diperlukan badan setiap hari. Namun pengambilan susu protein juga perlu secara terkawal dan sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar permakanan sebelum mengamalkannya.
Kesimpulannya, individu yang mempunyai masalah berat badan boleh diatasi dengan mengamalkan gaya hidup yang teratur serta mendapatkan apa yang perlu untuk tubuh badan. Jadi semoga tips yang diberikan dapat membantu dan dimanfaatkan. Dan jangan lupa untuk dapatkan produk makanan tambahan dari Powermania. Ingat nak aktif dan sihat, ingat Powermania.