Pernahkah anda melihat individu di gimnasium mahupun sekitar mempunyai tubuh mantap, dada bidang namun kaki yang sedikit kecil atau ‘Chicken Leg’ ? Apabila terlalu taasub dengan bentuk tubuh, kadang kala senaman membentuk kaki dilupakan hingga memperlihatkan ketidakseimbangan badan. Baik pada kali ini Admin ingin kongsikan 5 tips senaman untuk membentuk kaki yang terbaik untuk anda.
1.Squats
Gerakan squats ini dikatakan raja pada latihan membentuk kaki. Kamu perlu mencangkung dan berdiri semula dengan meletakkan beban pada bahu. Lakukan dalam 4 hingga 6 set setiap gerakan. Tidak perlu beban keterlaluan kerana ia mungkin mencederakan lutut anda.
2.Lying Leg Curls
Ramai yang mengabaikan latihan hamstrings, pastikan anda berikan tumpuan dan mulakan ia dengan memanaskan badan. Lakukan senaman ini sekurangnya sebanyak 3 set iaitu dengan 8 hingga 15 kali gerakan.
3.Leg Press
Hanya perlu meletakkan badan anda selari di tempat duduk yang tersedia, masukkan beban mengikut kesesuaian dan lakukan gerakan kaki melunjur ke hadapan. Lakukan 3 set gerakan untuk setiap sesi latihan.
Kesimpulannya, dalam memastikan badan kita nampak baik dan seimbang, kita perlulah melakukan latihan yang lengkap. Tidak salah untuk kita fokus pada bahagian tertentu namun kita juga tidak boleh mengabaikan bahagian lain seperti kaki. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk korang. Jangan lupa untuk terus kekal aktif dan sihat dengan Power Mania.