AZAM NAMPAK GAH TAPI TAK BUAT

‘TAHUN baharu, azam baharu’ itulah yang bermain dalam benak fikiran kita setiap tahun. Tapi yang sebenarnya apa itu Azam ? dan perlukah kita meletakkan Azam setiap tahun.

Azam itu adalah hanyalah satu penanda aras kepada kehidupan kita untuk melakukan perubahan pada suatu masa yang baru. Jadi masa yang baru itu kebanyakan dari kita adalah apabila tiba tahun baru. Jadi bila tiba sahaja tahun baru, ramailah yang mula berazam nak melakukan perubahan tapi adakah perubahan itu tercapai ?

Bagi Admin, untuk melakukan perubahan tidak semestinya tunggu tiba menjelang tahun baru, Sebenarnya setiap detik adalah masa yang baru untuk kita melakukan perubahan. Tapi tidaklah salah untuk kita menjadikan tahun baru itu sebagai masa untuk kita berubah.

Perubahan memerlukan kita lakukan dan sesuatu yang kita tak boleh tangguh. Jadi kita tak perlulah nak pening-pening kepala untuk meletakkan azam bila menjelang tahun baru kerana perubahan itu boleh kita lakukan bila-bila masa.

Di sini admin kongsikan lima tips untuk kita segerakan perubahan dalam kehidupan seharian kita.

1. Fokus tempoh tidur harian

Tanamkan dalam diri anda untuk mengikut tempoh tidur yang lebih baik. Tidur yang baik amat penting untuk kesihatan mental dan fizikal.

Dengan perancangan tidur yang mencukupi anda boleh mengelak daripada terlalu lama menghabiskan masa di telefon bimbit. Paling penting, kurangkan pengambilan kafein.

2. Lakukan aktiviti yang anda suka

Mungkin sebelum ini anda tidak berkesempatan untuk melakukan perkara yang diminati. Contohnya bersenam, kelas menari atau bermain muzik.

Kini tiba masanya anda mula melangkah melakukan perkara yang anda telah lama anda minati. Paling penting anda perlu bijak merancang memilih aktiviti yang anda minat tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

3. Cari masa untuk diri sendiri

Tidak kira anda bekerja, suri rumah, bujang atau pun sudah berkeluarga. Menyendiri seketika agar anda boleh membuat perkara yang disukai seperti ‘window shopping’, menonton wayang, ke spa dan sebagainya.

4. Makanan sihat

Kurangkan pengambilan makanan segera atau ‘tapau’. Memasak adalah satu aktiviti ‘me time’ kerana anda boleh fokus dengan makanan yang lebih sihat.

Tanamkan azam tahun baharu untuk menjadi orang yang lebih berdisiplin.

5. Bertemu doktor

Tak guna juga kalau kita berazam tapi tak pernah cakna tentang kesihatan diri. Jadi jangan liat untuk melakukan pemeriksaan doktor bagi membantu melancarkan kehidupan harian anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan teruskan melakukan perubahan yang baik dalam kehidupan seharian kita. Jangan lupa untuk terus kekal aktif dan sihat dengan Power Mania.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top