AMALAN LEPAS WORKOUT DAN SENAMAN YANG ANDA PERLU TAHU

Lepas Workout atau bersenam mesti badan akan rasa penat dan nak rehat je kan? Haa nanti dulu sebab anda beberapa amalan yang perlu anda lakukan sebelum rehat.

Kali ini Power Mania ingin berkongsi beberapa amalan yang perlu anda amalkan untuk memastikan kebersihan serta kesihatan anda tidak terganggu di saat anda dalam proses membina badan.

1.Mengambil makanan yang cukup

Agaknya kenapa kita perlu makan dengan cukup selepas workout ? Hal ini kerana ketika workout badan kita telah menggunakan tenaga dengan jumlah banyak dan oleh sebab itu badan akan rasa lesu selepas melakukan workout atau senaman oleh sebab itu anda disarankan untuk makan dengan secukupnya dengan mengambil sumber makanan yang tinggi Karbohidrat, Protein dan Serat. Anda boleh mengambil 1/3 dari setiap sumber makanan tersebut seperti contoh Protein seperti ikan, telur satu bahagian, Nasi satu bahagian serta sayur-sayuran atau buah-buahan satu bahagian. Elakkan mengambil makanan segera atau ‘Fast Food’ kerana ia makanan yang telah diproses serta mempunyai kadar lemak dan gula yang tinggi, Jadi sia-sia jela anda workout.

2.Ambil Makanan Tambahan atau ‘Supplement’

Makanan tambahan macam mana pula? Makanan tambahan ini ada banyak dan fungsi yang berbeza, jadi kalau selepas Workout anda perlu mengambil makanan tambahan seperti BCAA yang mana mengandungi asid-amino bertujuan membantu meningkatkan pertumbuhan otot selain menstabilkan tenaga untuk anda kekal bertenaga selepas senaman. Anda tak perlu pening-pening dalam memilih BCAA kerana Power Mania juga mempunyai BCAA+GLUTAMINE yang amat sesuai untuk anda amalkan.

3. Mandi atau membersihkan badan

Lepas Workout jangan terus baring atau tidur, Anda kena mandi dahulu bersihkan seluruh anggota badan. Mandi amat perlu untuk anda menjaga kebersihan malah ia turut mempengaruhi kesihatan anda. Ketika workout badan mengeluarkan peluh dalam proses perkumuhan selain bakteria juga senang melekat pada badan.

4.Minum air secukupnya

Sebaik sahaja selesai workout anda perlu minum air yang secukupnya bagi menghidrasi kembali badan dan kalau boleh minum air kosong dahulu sebelum mengambil sebarang air yang mengandungi kandungan gula. Ia kerana untuk memastikan kandungan oxygen dapat diproses dengan baik seterusnya dapat disalurkan ke seluruh badan.

5. Rehat dan tidur

Haa yang ini paling last sekali iaitu rehat, Rehat ini bukan khusus suruh anda baring, terserah kepada anda untuk rehat dengan melepak, menonton tv atau main game asalkan badan anda tidak melakukan perbuatan yang berat tetapi yang paling baik adalah anda rehat sahaja dengan baring atau tidur kerana kita nak bagi badan dan otak kita betul-betul mendapat rehat yang berkualiti.

Jadi dapat sesuatu bukan ? Sekian sahaja perkongsian daripada Power Mania dan selamat beramal, jangan lupa untuk dapatkan makanan tambahan dari Power Mania dan kekal aktif dan sihat dengan Power Mania.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top