ADAKAH ANDA BERPELUH SIHAT ATAU BERPENYAKIT ?

Peluh adalah salah satu proses yang mana membantu kita dalam menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan tubuh badan atau dalam erti kata lain meyingkirkan toksin melalui pori-pori kulit badan.

Jadi ada orang kata mereka yang kuat berpeluh ini banyak penyakit tapi ada juga yang mengatakan berpeluh ini adalah tanda anda seorang yang sihat.

Baik pada kali ini admin cuba terangkan bagaimana untuk kita membezakan peluh yang sihat dan peluh yang berpenyakit.

Sebenarnya memang betul orang yang kuat berpeluh ini tanda awal mengalami penyakit dan sememangnya benar juga tanda seseorang itu sihat adalah dia akan berpeluh. Namun kita kena lihat pada situasi apa yang menyebabkan seseorang itu berpeluh.

Sebagai contoh, kalau seseorang itu berpeluh selepas melakukan aktiviti fizikal atau kerja jadi ia satu petanda anda seorang yang sihat kerana proses merembeskan toksin-toksin badan berlaku secara baik namun kalau seseorang itu tidak melakukan aktiviti fizikal tetapi tetap berpeluh ia sememangnya tanda penyakit.

Beberapa perkara yang membezakan sama ada keadaan berpeluh secara berlebihan itu suatu penyakit atau peluh yang sihat.

1. Apabila disertai dengan demam
2. Apabila berada dalam suasana yang sejuk
3. Apabila tidak melakukan senaman yang kuat
4. Apabila mengalami peluh berlebihan melebihi masa sekurang-kurangnya enam bulan tanpa sebab yang diketahui
5. Apabila mengganggu aktiviti harian
6. Apabila berumur kurang dari dari 20 tahun
7. Apabila berlaku ketika tidur
8. Apabila dalam keluarga ada yang mengalami masalah yang sama

Sebagai kesimpulannya, haruslah mendapatkan pemeriksaan doktor bagi menentukan sama ada keadaan peluh yang berlebihan itu disebabkan oleh masalah perubatan yang bahaya atau tidak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada korang dan jangan lupa untuk terus aktif dan sihat dengan Power Mania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top