6 MAKANAN KUATKAN TULANG

Dalam membina tulang yang kuat dan sihat, kita memerlukan sekurang-kurangnya dua nutrien penting iaitu kalsium dan vitamin D.

Kalsium dan sumber vitamin D yang mencukupi akan menyokong kepadatan dan kekuatan tulang selain menggalakkan penyerapan kalsium dan pertumbuhan tulang.

Jadi pada kali ini, admin akan kongsikan 6 makanan yang boleh membantu anda mencukupkan keperluan kalsium serta Vitamin D dalam badan anda sekaligus menjaga kesihatan tulang.

1.Sayur-sayuran

Kebiasaannya anda boleh mendapatkan kalsium daripada susu, tetapi kalsium juga terdapat dalam pelbagai jenis sayuran. Seperti contoh satu lobak merah yang dimasak mempunyai kira-kira 200 miligram kalsium, iaitu sekitar 20 peratus daripada keperluan kalsium harian anda.

2.Mentega badam

Jika dibuat perbandingan dengan semua jenis kacang, badam mempunyai jumlah kalsium tertinggi bagi setiap hidangan. Anda juga boleh mendapat manfaat kalsium yang sama dalam bentuk menteganya.

Selain itu, mentega badam tidak mempunyai kolesterol dan lebih rendah lemak daripada mentega kacang.

3.Yogurt

Yogurt sebenarnya mengandungi kalsium lebih banyak berbanding susu dan satu hidangan yogur mengandungi 8 auns yogurt lemak rendah yang mana membekalkan 42 peratus keperluan kalsium harian anda.

4.Telur

Telur mengandungi sejumlah besar vitamin D. Walaubagaimanapun, vitamin D hanya terdapat pada kuning telur sahaja; oleh itu jika anda lebih suka makan omelet putih telur, anda perlu mendapatkan vitamin D daripada sumber yang lain.

5.Sapuan sandwich

Dua sudu mentega badam mengandungi 112 miligram kalsium. Tambahan lagi, badam mengandungi potasium (240 miligram dalam 2 sudu besar) serta protein dan nutrien lain yang memainkan peranan yang menyokong dalam membina kekuatan tulang.

Anda boleh menggunakan sapuan mentega jenis ini di sandwich untuk sarapan yang lebih berkhasiat.

6.Keledek

Dua jenis nutrien yang membantu menjaga kesihatan tulang adalah magnesium dan potasium. Sekiranya anda kekurangan magnesium, anda mungkin mempunyai masalah dengan keseimbangan vitamin D yang boleh menjejaskan kekuatan tulang anda.

Potasium meneutralkan asid di dalam badan yang boleh mengalirkan kalsium keluar dari tulang anda.

Satu cara yang lazat untuk mendapatkan kedua-dua nutrien adalah dengan memakan ubi keledek bakar tanpa garam, yang mengandungi 31 miligram magnesium dan 542 miligram potasium.

Jadi secara kesimpulannya, dengan pengambilan makanan yang betul dapat memberi manfaat kepada tulang malah ia bukan sahaja menjaga tulang malah dapat mengelak daripada terdapat penyakit sekaligus memberi kesan yang baik kepada kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

Sekian sahaja perkongsian admin pada kali ini dan terus kekal aktif dan sihat dengan Power Mania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top