5 TIPS UNTUK ANDA KEKAL POSITIF SEPANJANG MASA

Berfikiran negatif mungkin akan menjejaskan tumpuan anda dalam melakukan sesuatu malah dalam membina badan sekalipun ia akan memberi kesan negatif selain turut menjejaskan kesihatan. Lebih banyak perkara negatif yang anda fikirkan, lebih kuat fikiran negatif itu menguasai anda. Ia bagaikan imej sebiji bola kecil yang bergolek di tanah, semakin lama ia bergolek, semakin besar saiznya. Artikel di bawah akan membantu anda untuk menjadi seorang individu yang sentiasa berfikiran positif.

Pada kali ini Power Mania ingin kongsikan 5 tips untuk anda kekal positif dan membuang pemikiran negatif dalam diri anda:

1. Persoalkan kembali

Ketika wujud pemikiran negatif yang cuba untuk berkembang di dalam minda anda, satu perkara yang anda perlu lakukan anda mempersoalkan pemikiran itu; “Perlukah saya mengambilnya secara serius?” Sudah tentu jawapannya; “Pastinya ia bukan perkara penting untuk diambil serius.”

Ada masanya persoalan begini membantu anda menyedari, walaupun anda mungkin melakukan satu kesilapan kecil, ia tidak bermakna anda telah merosakkan segalanya. Malah, satu kesilapan kecil tidak bermakna anda tidak boleh menjadi optimistik dan mencuba untuk tidak mengulangi kesilapan anda pada masa hadapan. Soalan begini membantu anda untuk kekal berada dalam realiti.

2. Jangan perbesarkan perkara remeh

Cuba elakkan dari memperbesarkan satu isu kecil dengan mengganggap ia sebagai satu masalah yang terlalu besar dan membebankan anda. Tanyakan pada diri anda; “Adakah perkara ini penting untuk 5 tahun akan datang? 5 minggu atau mungkin 5 hari?” Pastinya anda akan menyedari bahawa isu yang anda hadapi tidaklah begitu besar yang perlu anda fikirkan sehingga merosakkan emosi anda panjang hari.

3. Luah dan bincangkan

Luahkan apa yang anda rasa dan berbincang dengan individu yang rapat dengan anda. Anda mungkin hanya memerlukan masa beberapa minit untuk membantu anda mencapai penyelesaian baru.

4. Kembali kepada realiti

Apabila anda memikirkan sesuatu yang negatif, anda biasanya memikirkan tentang sesuatu yang telah berlaku ataupun mungkin berlaku, ada masanya kedua-duanya sekali. Penting untuk anda keluar dari ilusi tersebut dan meletakkan diri anda dalam realiti masa kini. Cuba untuk elakkan diri anda dari mengelamun tentang masa lampau.

Berikut adalah beberapa tip untuk mengekalkan diri anda sentiasa dalam dunia realiti:

  • Fokus pada pernafasan. Bernafas melalui perut dan menghembuskan nafas melalui hidung. Pada ketika ini, cuba untuk fokus hanya pada pernafasan anda.
  • Berada dalam dunia di sekeliling anda. Ambil masa rehat 1-2 minit, kosongkan minda anda dan tumpukan perhatian tentang apa yang berlaku di sekitar anda; bunyi bising di luar tingkap, bau, dan cahaya matahari.

5. Mulakan hari esok dengan menetapkan sesuatu yang positif

Cara anda memulakan hari anda merupakan salah satu cara untuk memastikan bagaimana hari anda akan berlaku, dan sesuatu yang positif pasti akan membuatkan segalanya lebih mudah sehinggalah ke waktu untuk anda tidur nanti.

Beberapa cara untuk membantu memulakan hari dengan lebih positif adalah:

  • Sediakan satu peringatan mudah selepas anda bangun, ia mungkin petikan yang memberikan inspirasi kepada anda. Atau sesuatu yang berkaitan impian atau semangat anda. Anda boleh tulisnya di atas kertas atau taipkan pada telefon pintar anda.
  • Biarkan beberapa maklumat atau perbualan positif berlegar dalam minda anda.
  • Dengarkan radio, baca buku yang memotivasikan anda, atau yang dapat membuatkan anda tersenyum.
  • Berbuallah sesuatu topik menarik dengan pasangan, keluarga atau rakan sekerja.

Kesimpulannya, kehidupan ini terlalu singkat untuk kita dan perlu diisi dengan perkara positif agar kehidupan sentiasa sejahtera. Ingat untuk Kekal Aktif Dan Sihat Dengan Power Mania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top