5 PENYEBAB OTOT TAK KUNJUNG TIBA WALAUPUN RAJIN WORKOUT

Bila sebut pasal nak bina otot ni, ramai yang kata kena rajin buat workout, kena kerap pergi gym , betul tak ? Namun sejauh mana kita tahu keberkesanannya ? Malah ada yang dah workout dan buat latihan di gym tapi otot masih degil tak nak naik-naik.

Kali ini Power Mania ingin kongsikan apakah penyebab yang menjadi penghalang kepada otot untuk tumbuh walaupun dah workout.

1. Teknik Latihan Dan Workout yang salah.

Walaupun anda hari-hari ke gym ia tidak menjaminkan otot anda boleh naik seperti yang diimpikan. Seperti contoh, anda pergi ke gym tetapi anda angkat dan main semua peralatan yang ada tanpa ada panduan ia akan menyebabkan workout yang ada lakukan hanya sia-sia lalu menyebabkan keletihan. Sebaliknya anda perlu ada panduan atau rajin bertanya samaada dengan mereka yang sudah lama main gym atau jurulatih tentang bagaimana nak bina otot di bahagian-bahagian tertentu terlebih dahulu. Lebih baik anda fokus pada satu latihan dahulu supaya ia tidak terlalu memaksa anggota badan.

2. Cepat Stress dan kurang bersabar untuk Sado.

Dalam setiap apa kita lakukan akan mengambil masa, bukan kita buat terus jadi. Ia sama juga dengan bina otot, selain tenaga yang cukup, masa juga amat diperlukan untuk kita pastikan badan kita betul-betul dapat biasakan dengan latihan yang kita lakukan. Sabar dan anda jangan terlalu memaksa badan untuk membuat latihan yang tinggi intensiti supaya dapat hasil yang cepat sebaliknya anda perlu ada garis masa yang sesuai.

3.Tidak menjaga makan.

Untuk bina otot, anda tidak boleh makan seperti selalu anda makan. Anda perlu mengetahui apa yang anda makan itu membantu atau tidak untuk keperluan badan anda membina otot. Anda perlu tingkatkan pengambilan kalori dalam makanan supaya ia dapat menyokong pertumbuhan otot.

Rancang sebaiknya permakanan anda dan elak dari makan makanan segera serta makanan yang mempunyai kadar gula yang tinggi. Selain itu, anda juga boleh mengambil makanan tambahan seperti Hydro Whey Isolated dan MGH dari Power Mania untuk membantu meningkatkan pertumbahan otot serta tenaga yang diperlukan sewaktu menjalani workout.

4. Tidak membuat catatan latihan.

Yang ini masih ramai tidak memberikan tumpuan. Dalam Workout, anda perlu adakan catatan senaman yang sedang anda lakukan. Ia dapat membantu anda untuk fokus dan mencukupkan latihan supaya ia dapat hasil yang berkesan. Untuk memaksimakan hipertrofi otot, anda perlu mencatat semua latihan, berat yang digunakan, pengulangan yang dilakukan, tempo dan rehat yang anda perlukan.

5. Kurang rehat.

Rehat adalah masa untuk badan kita dapat ‘Refresh’ semula tenaga. Oleh itu anda perlu mendapatkan rehat yang cukup dan tidak boleh lakukan workout tanpa mendapat rehat. Selain itu juga dengan rehat, badan anda akan membuat proses pemulihan semula sel otot yang rosak yang kemudian akan tumbuh yang baru untuk anda manfaatkan untuk membesarkannya sewaktu workout.

Kesimpulannya, untuk kita melihat hasil yang baik perlu ada usaha dan komitmen yang tinggi dalam melakukannya. Janganlah sekadar kita membuat secara melulu dan melepaskan batuk di tangga sahaja. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan membantu anda untuk mencapai impian anda dalam membina bentuk badan. Ingat Kekal Aktif dan Sihat dengan Power Mania.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top