5 Makanan Yang Lemahkan Kaum Adam

Kadang kita rasa kita sebagai lelaki ni kuat dan hebat dan boleh lakukan apa sahaja tugasan yang mencabar dan keras tapi sejauh mana kekuatan kita itu bertahan. Korang tahu tak yang lelaki ini kuat dan gagah hanya bergantung kepada hormon testosteron sahaja. Memang masa usia muda ini hormon itu masih lagi banyak tapi perlu diingat jika tidak dijaga dengan betul ia akan berkurang.

Adalah penting untuk kita mengetahui apa penyebab yang boleh mengurangkan dan memberi kesan terhadap hormon testosteron. Baik pada kali admin ingin kongsikan 5 pemakanan yang boleh mengurangkan hormon testosteron.

1. Minyak Sayuran

Minyak sayuran seperti minyak canola, minyak kacang soya, minyak jagung atau minyak biji kapas tinggi dengan kandungan lemak politaktepu.

Walaupun, lemak politaktepu ini seacra asasnya dikelaskan sebagai sumber lemak yang sihat, namun ia juga boleh menurunkan paras hormon testosteron.

Kajian terhadap 12 orang lelaki yang ingin melihat kesan pemakanan terhadap paras testosteron selepas senaman mendapati pengambilan lemak politaktepu dikaitkan dengan paras testosteron yang rendah.

2. Minuman Bergula

Minuman bergula juga boleh melemahkan tenaga batin bagi kaum lelaki.

Pengambilan minuman bergula dikaitkan dengan paras testosteron yang rendah bagi lelaki yang berumur 20 hingga 39 tahun di Amerika Syarikat.Terdapat juga kajian lain yang mendapati pengambilan gula (glukosa) mencetuskan pengurangan yang ketara terhadap paras testosteron total dan testosteron bebas bagi lelaki.

Kesan yang sama turut dilaporkan dalam satu kajian lain yang melibatkan remaja obes dan berat badan berlebihan. Pengambilan minuman campuran gula dan protein menyebabkan penurunan akut terhadap paras testosteron.

3. Pudina

Pudina seperti peppermint dan spearmint boleh memberikan kesan langsung kepada hormon testosteron.

Kajian terhadap haiwan mendapati haiwan yang diberikan minyak spearmint selama 20 hari mengalami pengurangan paras testosteron.

Kajian lain juga turut mendapati haiwan yang diberikan teh peppermint mengalami perubahan paras hormon yang menjurus kepada pengurangan testosteron.

Meskipun begitu, kajian terhadap lelaki untuk melihat kesan pudina terhadap paras testosteron lelaki masih terhad.

4. Makanan Diproses

Makanan yang diproses juga merupakan makanan yang perlu dihadkan kerana makanan ini boleh melemahkan tenaga batin lelaki.

Makanan diproses selalunya tinggi dengan garam, kalori dan gula tambahan. Selain itu, makanan diproses juga adalah sumber utama kepada lemak trans.

Lemak trans adalah lemak tidak sihat yang boleh meningkatkan risiko kepada pelbagai penyakit kronik. Tambahan itu, terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan lemak trans secara kerap boleh menurunkan paras testosteron.

Kajian terhadap 209 lelaki mendedahkan bahawa mereka yang memakan lemak trans yang paling banyak mempunyai paras hormon testosteron 15% lebih rendah daripada mereka yang memakan lemak trans paling sedikit.

Kajian tersebut turut mendapati mereka yang memakan lemak trans yang tinggi turut mempunyai jumlah sperma yang 37% lebih rendah dan fungsi testis yang menurun.

5. Alkohol

Meminum arak atau alkohol juga boleh menyebabkan lemah tenaga batin bagi orang lelaki.

Kajian terhadap 19 orang lelaki mendapati pengambilan 30 hingga 40 ml alkohol sehari boleh menyebabkan pengurangan paras testosteron sebanyak 6.8% selepas 3 minggu.

Kajian lain melaporkan bahawa mabuk alkohol akut dikaitkan dengan peningkatan testosteron pada wanita tetapi penurunan testosteron bagi lelaki.

Secara rumusannya, Mengubah corak pemakanan anda adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengekalkan paras hormon testosteron yang sihat seterusnya memberikan impak kepada tenaga batin anda.

Sekiranya anda khuatir akan tenaga batin anda, mengehadkan pengambilan makanan yang boleh melemahkan tenaga batin ini boleh membantu anda untuk kembali bertenaga dan memastikan paras hormon testosteron di paras yang sihat.

Tambahan daripada itu, mengamalkan gaya hidup sihat, bersenam dan mendapatkan tidur yang mencukupi turut boleh membantu meningkatkan testosteron anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top