5 FAKTOR ANDA JADI SEMAKIN TIDAK KUAT

Semakin hari, semakin kita merasakan yang tubuh badan kita makin berkurangan dari segi kekuatan lebih-lebih lagi bagi mereka yang setiap hari membabitkan diri dengan mengangkat bebanan yang berat. Sebenarnya memang betul keringat fizikal kita akan berkurangkan seiring dengan peningkatan usia dan beberapa faktor lain yang menyumbang kepada kekurangan kekuatan pada tubuh badan kita.

Pada kali ini, Power Mania cuba mengupas 5 faktor yang menjadikan anda semakin tidak kuat.

1.Otot Teras Yang Lemah

Otot teras (ataupun core) yang lemah selalu menjadi penyebab utama mengapa anda selalu gagal untuk mengangkat lebih bebanan. Hal ini sangat jelas dilihat dalam pergerakan besar yang utama seperti squat dan deadlift. Oleh sebab otot teras memberikan kestabilan pada tulang belakang anda dengan meningkatkan tekanan intra-abdominal, kekuatan core bukan sekadar untuk menguatkan angkatan anda tetapi untuk keselamatan diri sewaktu berlatih.

2.Melakukan latihan tanpa jadual & kerap

Ketiadaan jadual yang betul dalam melakukan latihan atau senaman turut menyumbang kepada penggunaan tenaga yang berlebihan sekaligus mengurangkan kekuatan pada badan anda.Oleh sebab itu perlu adanya jadual supaya badan anda dapat rehat yang cukup untuk proses pemulihan.

3.Pemakanan

Bukankah makanan itu menambah tenaga? Memang betul makanan yang diambil akan diproses oleh badan untuk menjadi tenaga untuk kita namun tahukah anda juga makanan boleh menjadi penyumbang kekurangan tenaga. Makanan yang berminyak serta berlemak yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan badan anda menjadi lemau dek kerana tiada khasiat yang dapat diproses oleh badan sekaligus hanya menyumbang kepada lemak yang tidak berguna.

4.Isipadu latihan yang tinggi

Isipadu (volume) latihan memang penting untuk memastikan hasil yang progresif, dan tidak disangkal bahawa anda perlu naikkan volume latihan anda untuk menjamin hasil yang berterusan. Masalahnya timbul apabila anda menggunakan intensiti tinggi seiring dengan volume gaya bina badan. Ini akan bercanggah dengan destinasi akhir anda. Sama seperti frekuensi, volume yang terlalu tinggi akan memakan diri jika digabungkan dengan intensiti berat. Sistem saraf anda akan jadi lemah, dan berkemungkinan besar anda turut akan membakar lebih banyak otot daripada membinanya!

5.Kesihatan Mental (Pemikiran)

Kesihatan mental ini yang jarang orang ambil berat padahal ia amat penting kerana ia dapat mempengaruhi kehidupan seseorang. Jadi jika mental anda terganggu ia turut boleh menjejaskan kekuatan badan anda seterusnya membuatkan anda rasa lemah untuk melakukan sesuatu perkara.

Jadi diharap faktor-faktor ini dapat anda elak untuk memastikan badan anda berada dalam keadaan kuat sentiasa dan sihat. Sekian sahaja perkongsian admin pada kali ini dan diharap ia dapat membantu anda untuk terus kekal aktif dan sihat sentiasa.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top