Setiap yang kita lakukan pasti ada cabaran bukan ? Dan orang yang nak bina badan juga tak terkecuali dari hadapi cabaran untuk fokus dalam bina badan yang diimpikan.
Kali ini Power Mania ingin kongsikan 5 cabaran sebenar yang dihadapi mereka yang ingin bina badan khususnya disaat situasi sekarang yang semakin hari semakin penuh dengan cabaran ini.
1.Kewangan serta komitmen yang semakin tinggi.
Ketika ini pasti setiap daripada kita menghadapi kesukaran dalam kewangan kan ? apa tidaknya dengan harga barang yang semakin naik terutama sumber makanan sudah pasti menjejaskan sumber kewangan harian kita.
Namun bagaimanapun, masih ada jalan untuk pastikan cabaran ini dapat diatasi oleh mereka yang sedang ingin bina badan antaranya dengan mengambil langkah berjimat dalam membeli makanan yang tinggi khasiat seperti ayam, telur, ikan serta buah dan sayuran. Mereka juga boleh mengambil suplemen yang sesuai dan tahan bagi tempoh yang panjang bagi menjimatkan wang daripada menyediakan sumber makanan mentah. Power Mania turut menawarkan suplemen seperti Hydro Whey Isolated yang cukup dengan khasiat yang diperlukan badan dengan tempoh pengunaan selama sebulan untuk setiap bag dengan harga hanya RM170 sahaja.
2.Kesakitan Otot dan Sengal selepas Workout
Semua ahli bina badan mesti pernah mendengar ungkapan klasik “No pain, no gain,” tetapi sangat penting untuk mengenal pasti jenis kesakitan yang memberi “nikmat” puas dari latihan intensiti tinggi atau kesakitan yang muncul hasil daripada kecederaan fizikal yang sebenar.
Kesakitan otot atau sengal otot merupakan perkara biasa dalam kalangan ahli gym. Kesakitan ini disebabkan kerosakan mikro ke atas otot, ligamen atau tendon – tidak teruk sehingga dikategorikan sebagai sebuah kecederaan tapi masih sakit. Sebahagian perasaan sakit atau sengal memang tidak boleh dielakkan, seringkali dianggap sebagai petunjuk bahawa anda telah berlatih dengan gigih. Tetapi kesakitan yang muncul juga boleh menjadi petanda kecederaan yang jauh berbeza daripada perasaan sengal otot yang biasa. Anda dikehendaki berhenti serta merta, dapatkan rehat dan pergi dapatkan bantuan medikal kesihatan sekiranya perlu.
3.Training Partner
Dalam perjalanan bina badan, mempunyai “training partner” yang betul sangat penting untuk anda. Walaupun anda mungkin seorang yang lebih gemar berlatih bersendirian, tetapi mempunyai training partner boleh membantu anda untuk melakukan peningkatan berbanding berlatih bersendirian. Dengan bantuan rakan, anda tidak perlu risau untuk menggunakan beban maksimum yang anda ingin lakukan dalam sesuatu senaman – dan ada beberapa senaman yang mencabar seperti senaman squat yang berat dimana seorang perlu bertugas untuk membantu anda sekiranya anda menghadapi masalah pada pertengahan rep. Realitinya, ada sempadan di luar di mana anda tidak boleh menyeberang bersendirian tanpa bantuan.
4.Masa untuk workout
Perasan tak sekarang ini rasa sekejap masa berlalu, apa sebabnya ? adakah disebabkan kita banyak menghabiskan masa dengan bermain telefon bimbit ? atau sebaliknya. Jadi dalam menguruskan masa ini, mereka yang sedang fokus bina badan perlu lebih berdisiplin kerana untuk membina badan memerlukan satu tempoh yang sesuai untuk kita lakukan aktiviti seperti latihan ringan, latihan berat serta berehat. Oleh itu disarankan mereka yang ingin bina badan untuk membuat satu jadual kendiri dan mengikutinya supaya masa untuk latihan atau workout tidak terjejas.
5.Badan cepat letih
Cabaran badan cepat letih ini adalah bergantung terhadap diri masing-masing. Mungkin ia faktor pekerjaan harian kita atau faktor kesihatan yang perlu kita titikberatkan. Sekiranya mereka yang nak bina badan sering letih disebabkan faktor kerja, anda boleh lebihkan rehat dahulu dan mencari masa yang paling sesuai untuk membuat latihan atau anda boleh fokus lakukan latihan ringan di rumah. Untuk membina badan, kesihatan adalah paling utama untuk kita jaga, tak guna badan sado tapi sering sakit dan tak larat nak buat apa-apa. Dan jika badan cepat letih atas faktor kesihatan anda disarankan untuk memeriksa kesihatan secara berkala dan tidak mengambil suplemen yang tidak sesuai kerana ia dikhuatiri akan memberi kesan sampingan kepada badan anda. Anda boleh memperbanyakkan makan buah-buah serta sayuran bagi menambah khasiat serta vitamin secara semula jadi.
Jadi itu sahaja perkongsian Power Mania pada kali ini, diharap ia dapat menjadi panduan kepada kita semua dan ingat untuk kekal aktif dan sihat dengan Power Mania.