Untuk membina otot yang mantap, tidak semestinya anda hanya perlu fokus kepada latihan beban sahaja. Disini terdapat 3 petua penting bagi mendapatkan bentuk badan yang menarik.
Tidur 30 Minit Awal Daripada Biasa
Recovery adalah amat penting bagi tumbesaran otot dan tidak ada cara yang lebih baik selain daripada melanjutkan tempoh waktu tidur anda. Tukarkan jadual tidur anda kepada 30minit lebih awal daripada biasa. Di dalam dunia ini, tempoh masa 8 sehingga 9 jam adalah tempoh masa yang sangat ideal untuk tidur. Gunakanlah waktu tidur itu sebaik-baiknya tanpa sebarang gangguan.
Minum Minuman Shake Ketika Latihan
Pemakanan sebelum dan selepas Workout haruslah diberi perhatian kerana kedua-duanya adalah amat penting dalam proses pembentukan otot. Namun, Jika anda mahukan pembentukan otot yang pantas, anda haruslah meminum Shake protein dan karbohidrat ketika sedang Workout kerana dengan cara inilah ia akan menyelinap sebagai kalori tambahan tanpa perlu memakan makanan yang berat. Anda hanya perlu menjadi konservatif dengan jumlah makanan yang diambil supaya ia tidak mengganggu keselesaan perut anda.
Anda boleh bermula dengan meminum minuman Shake berkadar sederhana sekitar 20gram protein dan 40gram Karbohidrat.
Mencatat Pemakanan Harian Anda
Pemakanan harian anda haruslah dipantau setiap hari. Ini kerana latihan yang berlebihan tanpa kalori makanan yang mencukupi tidak mampu diterjemahkan oleh saiz otot yang diperolehi. Catatan jurnal makanan harian anda akan memberikan ukuran objektif yang lebih tepat dalam pengambilan makanan seharian anda. Ia juga memudahkan anda untuk membuat perubahan jika pemakanan anda tidak mencapai sasaran yang diharapkan.
Tuliskan semua yang anda minum dan makan sepanjang satu hari. Jika tidak berlaku sebarang penambahan berat badan anda, anda haruslah mencuba menambahkan lagi jumlah kalori bagi memberi kesan yang lebih efektif.