3 Latihan Ini Amat Sesuai Untuk Menghilangkan Lemak Di Bahagian Perut

 

Rahsia untuk menghilangkan lemak sebenarnya adalah bukan rahsia sama sekali. Apa yang penting adalah aktiviti anda itu sendiri seperti workouts yang konsisten dan mempunyai waktu tidur yang cukup untuk pemulihan otot.

Di sini terdapat beberapa latihan pembakaran lemak yang terbaik yang boleh membantu dalam menghilangkan lemak di perut anda.

Berlari

Pergerakan juga adalah penting bagi memastikan lemak terbakar dalam kadar maksima. Untuk workouts, anda perlu meningkatkan ‘the level of intense activity’ tetapi dalam masa yang sama pastikan ia tidak keterlaluan.

Anda perlu berlari dalam keadaan pecut selama 30 saat. Latihan ini lebih efektif dilakukan di atas bukit. Mengambil masa selama 3-4 minit berehat kemudian ulang 6-10 kali.

HIIT

Kaedah High-Intensity Interval Training (HIIT) adalah sangat berkesan kepada Total-Body Workouts yang melibatkan dua elemen penting iaitu ketahanan dan kardio. Kaedah ini adalah amat berkesan kepada pembesaran otot, pembakaran lemak, dan meningkatkan daya tahan kardiovaskular anda.

Berbasikal

Jika seorang individu dengan berat 100kg (220 paun) mengayuh basikal untuk ke tempat kerja setiap hari, dipercayai kalorinya akan terbakar sehingga 1056 dalam tempoh satu jam perjalanannya.

Ini bermakna hanya dengan berbasikal individu tersebut telah mampu membakar 5280 kalori pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya.

Proses membakar lemak dan menguruskan badan juga berhasil dalam masa yang singkat sahaja.

Untuk menjadikan ia lebih efektif adalah dengan melakukan pecutan berbasikal dalam tempoh 8 saat dan berehat selama 12 saat setiap selang ulangan. Ulang selama 20 minit.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top