Di dalam struktur tulang belakang kita, terdapat suatu bahagian ‘jelly-like structure’ yang dipanggil ‘disc’. Ianya berfungsi sebagai pelindung atau sebagai pelapik ‘kusyen pad’ kepada tulang belakang kita. Apa itu slip disc ?
Slip disc secara ringkasnya bermaksud, tulang belakang yang teralih atau berubah dari tempat asalnya. Slip disc terjadi apabila disc yang menjadi pelapik kepada tulang belakang kita ini membengkak. Apabila disc ini membengkak, ia akan menekan urat-urat saraf yang berdekatan. Seterusnya, ia akan menyebabkan kita berasa kebas-kebas serta sakit tak terhingga dari pinggul dan ke bawah.
Slip disc akan menekan saraf yang berdekatan dengannya. Antaranya ialah saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti tangan, kaki serta leher. Anggota badan yang dikawal oleh saraf tersebut akan turut menerima kesan seperti kebas-kebas dan seterusnya akan membataskan pergerakan kita.
oie_trans
Faktor2 penyebab terjadinya slip disc :
Membongkok terlalu lama
Angkat beban yang terlalu berat
Duduk atau baring dengan postur badan yang tidak betul
Mengangkat beban dengan cara yang salah
Kecederaan ketika bersukan
Mempunyai berat badan yang berlebihan
Orang yang kerap jatuh terduduk
Terdapat pelbagai penyakit yang ditemui pada zaman sekarang. Sememangnya mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Akan tetapi, sekiranya anda atau keluarga atau kawan-kawan anda berhadapan dengan masalah kesihatan. Saya sangat-sangat mencadangkan anda untuk berkunjung ke The Tole Acupuncture-Herbal Medical Center. Anda pasti akan kagum dengan teknik rawatan alternatif mereka. Serta anda juga pasti akan berpuas hati dengan keputusan rawatan yang positif didalam merawat penyakit anda.
#tips
#powermanianutrition