HARGA BARANG NAIK ??? 6 MAKANAN SIHAT BAJET RENDAH

Kebelakangan ini kita banyak dengar mengenai kenaikan harga barang khusus dari segi makanan seharian kita. Hal ini sudah pasti memberi kesan kepada semua termasuk bagi mereka yang ingin terus menjaga kesihatan dan kecergasan terutamanya mereka yang sedang membina bentuk badan yang diidamkan.

Bagaimanapun, masih ada cara untuk kita terus meneruskan amalan-amalan dalam menjaga kesihatan dengan pengambilan permakanan yang masih boleh didapati dengan mudah serta harga yang mampu milik.

Kali ini Power Mania ingin kongsikan 10 Makanan Sihat Dengan Bajet Yang Rendah kepada pembaca semua.

1.Oat

Oat adalah salah satu bijirin yang boleh diambil bagi menggantikan pengambilan nasi. Hal ini kerana Oat mempunyai karbohidrat yang tinggi dan kaya dengan vitamin, mineral dan serat yang penting dan diperlukan tubuh badan. Oat masih mudah didapati selain mempunyai banyak pilihan di pasaran.

2.Telur

Sehari dua ini kita digemparkan dengan ketiadaan ayam daging di pasaran kan? Namun jangan bimbang masih ada cara untuk kita dapatkan sumber protein yang tinggi iaitu dengan pengambilan telur ayam dengan teratur. Setakat ini bekalan telur ayam masih mencukupi dan boleh didapati di pasaran selain harganya masih mempunyai pilihan mengikut gred.

3.Kacang

Kacang juga antara pilihan yang boleh diambil untuk kita mendapatkan khasiat tubuh badan selain ia mempunyai pilihan harga dan ia masih senang didapati.

4.Ikan

Umum mengetahui ikan mempunyai sumber protein yang tinggi dan bekalan ikan khususnya di Negara kita masih terkawal dan bekalannya cukup. Jadi kita boleh manfaatkan sumber bekalan ikan untuk mendapatkan khasiat protein dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita.

5.Sayur-Sayuran

Sayur-sayuran antara makanan yang penting dalam kita mengekalkan diet kerana khasiat semulajadi yang terdapat dalam sayuran telah mencukupi untuk kegunaan tubuh badan bagi mendapatkan tenaga. Sayur-sayuran juga masih mudah didapati di pasaran.

6.Buah-buahan

Selain sayuran, buah-buahan juga diketahui mempunyai khasiat dan sumber vitamin semulajadi yang diperlukan tubuh badan. Buah-buahan seperti pisang dapat membekalkan tenaga yang cukup untuk kita lakukan aktiviti seharian.

Jadi berikut 6 Makanan dengan Bajet yang Rendah telah disenaraikan untuk dijadikan panduan buat semua. Usah risau dan panik ketika kenaikan harga barang kerana masih ada cara untuk kita terus mengamalkan gaya hidup sihat. Power Mania berharap kita terus kekal aktif dan sihat sepanjang masa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook-f Instagram COPYRIGHT © 2019 POWER MANIA OFFICIAL WEBSITE | DESIGNED BY ESKAY WEBSITE DESIGN AGENCY
Power Mania Nutrition Help Chat
Send via WhatsApp
Scroll to Top
Scroll to Top